Tips & Tricks

Tips untuk mengecat rumah

Setelah membeli rumah sub-sale, anda mesti tengah tak sabar untuk membuatkan rumah yang anda beli sebagai rumah indaman anda, atau dengan kata lain, rumah ku syurga ku. Antara benda yang paling susah untuk dibuat adalah memilih warna untuk mengecat rumah.

Kenapa perlu berfikir panjang untuk pemilihan cat rumah? Kerana cat rumah akan menentukan rumah anda nampak besar, menarik dan paling penting menyejukkan mata dan hati.

 

Warna yang cerah akan menjadikan rumah berkelihatan besar dan spacious. Jadi hari ini KakiProperty akan berkongsi tips untuk mengecat rumah idaman anda.

Bermula dengan kecil

Anda boleh kawasan rumah yang kecil, seperti bilik air, ruang legar. Bila anda dapat melihat result hasil penat anda, anda akan lebih bersemangan untuk mengecat pada bilik yang lebih besar seperti ruang tamu.

 

Untuk permulaan, anda boleh mendapar aspirasi dari lukisan yang anda ingin gantung, karpet, atau perabut yang anda akan letak.

 

Fikirkan tentang Mood Anda

Apabila anda memilih warna, pilih mengikut mood bilik tersebut. Sebagai contoh, saya berikan bilik tidur. Kita mahu mood bilik tidur itu tenang, rasa seperti kita boleh rest, atau rasa hangat supaya semakin rapat hubungan suami isteri? Warna yang lembut dan neutral akan membuatkan bilik tidur lebih tenang, tetapi warna yang kuat seperti merah akan menaikkan mood bilik tidur.

Untuk ruang tamu, adakah anda ingin membuatkan ruang tamu itu lebih “sociable” atau kelihatan formal dan senyap? Warna yang hangat, kontras atau cerah akan menjadikan suasana lebih ceria untuk ruang tamu. Manakala warna biru-hijau gelap akan membuatkan ambience ruang itu kelihatan formal.

Jika anda mempunyai anak kecil, warna cerah dan kontras akan merangsang kanak-kanak untuk lebih aktif. Seperti taska, semua berwarna cerah seperti kuning.

 

Beri perhatian kepada pengcahayaan

Kenapa kedai cat mempunyai bilik lampu adalah untuk anda melihat warna cat dinawah pengcahayaan.

Cahaya matahari akan menunjukkan warna yang sebenar.

Lampu pijar akan memberikan kelebihan kepada warna yang hangat seperti kuning.

Lampu flouracent pula sesuai dengan warna biru tajam.

Sebagai contoh, Warna yang cerah tidak sesuai untuk dinding yang bertentangan dengan tingkap, kerana warna itu akan menjadi terlalu cerah. Tetapi ia sesuai untuk dicatkan pada dinding yang jauh dari pengcahayaan matahari.

Setakat ini sahaja perkongsian kami dari kakiproperty.

Dapatkan ilham dan sila mencuba. =D

 

Join The Discussion