Coretan Editor

TIPS ATASI KEPALA SERABUT

TIPS ATASI KEPALA SERABUT

Assalamualaikum. Hari ni saya nak kongsikan perkara lain selain hartanah,Tak pa kot.

Pernah Rasa Overwhelmed?

Perasaan overwhelmed ni semacam terasa terlalu banyak perkara bermain dalam satu masa dan kita tak tahu nak buat yang mana.Rasa sesak dan lemas. Dan kemudian kita tak boleh function dengan baik.

Bahasa senang ;

SERABUT

Saya biasa rasa. Saya rasa anda pun macam tu juga. Tapi saya ada tips macam mana nak atasi.

1. Keluar

Kalau kita tengah bekerja di ofis atau rumah, keluar. Keluar sekejap dalam 30 minit – 1 jam.
Saya biasanya akan drive tanpa arah. Penting untuk keluar dari suasana bermasalah dan lihat masalah itu dari luar. Kalau duduk terperuk di ofis atau di rumah di tempat kita di kelilingi masalah itu, kita tak dapat berfikir dengan jelas. 

2. Tarik Nafas

Tarik nafas 3-4 kali sedalam mungkin. Dan lepaskan seperlahan mungkin. Ala-ala orang bermeditasi. Bila kita amalkan teknik pernafasan semacam ini, bila stress , ia akan menjadi reset button. Dah lepas reset, jangan tunggu lama…kita….

3. Pecah kan

Bila kita dah di luar rumah, tak kisah lah dalam kereta atau di kedai makan atau mana-mana asalkan bukan di tempat banyak kerja-kerja kita, waktu ini keluarkan kertas A4.

Tulis satu-satu masalah atau kerja perlu dibuat.

Contoh;

tajuk besar: Sales tak ada.

Kerja perlu buat:
1. update listing
2. Buat iklan di website sekian
3. Pasang banner

Dan lain-lain. Tulis se-detail mungkin.
Buat perkara yang sama untuk masalah lain.

Tak semestinya masalah ini pasti selesai, tapi minda kita dah clear untuk berfikir dan merancang menyelesaikan masalah.

4. Asingkan

Asingkan ikut kepentingan. Ada masalah yang nampak besar tapi tak merugikan kita pun. Ada masalah yang nampak biasa tapi merugikan kita.

Selesaikan yang urgent dan yang akan merugikan kita.

5. Solat

Buat lah solat hajat, mohon kekuatan dan ketenangan.

6. Escape

Cari tempat kita sendiri. Yang tak ada orang lain ikut. Pergi minum kopi di kedai kita suka berseorangan. Atau duduk di tepi pantai. Atau drive kereta di malam hari. Escape ni bukan bermaksud tempat. Ia nya tindakan kita untuk menjarakkan minda kita dari masalah.

Bila kita take a step back and find solace, kita berikan ruang untuk diri kita berfikir.

Cubalah!

Oh, lupa, macam biasa, kalau ada nak jual hartanah anda atau nak mencari penyewa boleh klik sini : jual atau sewa kan rumah anda

Dan kalau nak cari rumah, saya boleh tengok apa yang ada dalam listing saya yang sesuai dengan anda , jadi klik sini : cari rumah idaman


Anda rasa artikel ini baik? Share kan dengan tekan button share yang ada!

Join The Discussion