Coretan Editor

Polisi Perumahan Singapura : Apa Kita Boleh Belajar?

Polisi Perumahan Singapura : Apa yang kita boleh belajar.

Beberapa minggu lepas saya ke Singapore, melawat mak-mak saudara saya yang sakit. Actually, kesemua adik beradik Mak saya kecuali arwah MakLong adalah warganegara Singapura. Jadi keluarga saya memang biasa sangat lah ke sana.

So, hari ni saya nak cerita sikit pasal perumahan di Singapura. Actually, kita ni ada love-hate relationship dengan Singapura. Pantang je kalau kita dengar Negara jiran kita lebih dari kita dan actually, Singaporean pun macam tu juga.  Hahahah. Even saya ni nasionalis, lagi la tak berapa minit pemerintahan dinasti Lee ni, but then, we certainly need to learn atleast a thing or two from them! They do succeed in this area and we are not. So we need to learn.

Satu perkara yang menarik dengan Singapura ni adalah perumahan awam nya. Kalau di Malaysia, rumah awam ini sinonim sebagai rumah kos rendah yang shabby, buruk dan tak terjaga. Kalau ada kemampuan , tak ada yang mahu duduk di rumah awam. Tapi jika ada apeluang, semua mahu memiliki rumah awam kerana harga nya yang rendah.

Asas Polisi Perumahan Singapura

Di Singapura, perumahan awam di panggil HDB flat. HDB adalah Housing Development Board, iaitu sebuah badan pengurusan yang membina dan menguruskan perumahan untuk rakyat Singapura.

Kita perlu tahu yang di Singapura, 80% penduduknya tinggak di perumahan HDB dan cuma 20% yang tinggal di perumahan persendirian (private housing). Bahasa mudahnya, 80% mereka ini tinggal di rumah awam dan 20% dari mereka tinggal di rumah mahal pemaju swasta.

Menarik kan? Sedangkan di Malaysia, untuk mendapat rumah di bawah program kerajaan, memang kita tahu, amat lah susah sekali.

Polisi perumaha Singapura ni sebenarnya dah berjalan lama. Tapi ianya menjadi berjaya ketika zaman mendiang Lee Kuan Yew. Pemerintah Singapura meletakkan polisi perumahan rakyat adalah hal utama dalam pemerintahan mereka.

Asas untuk polisi perumahan HDB ini sebagaimana dikatakan mendiang Lee Kuan Yew :

lky1

Mendiang Lee Kuan Yew

“ Saya inginkan masyarakat yang memiliki rumah. Saya sudah melihat perbezaan antara rumah kos rendah yang tidak dijaga dengan baik dengan rumah yang pemilik nya berbangga dengan rumahnya. Dan saya yakin, jika setiap keluarga memiliki rumah, Negara kita ini akan stabil dan makmur.

Saya melihat pengundi terutama di kawasan bandar menentang kerajaan dan saya yakin sepatutnya penghuni rumah menjadi pemilik rumah, dan jika tidak kita tidak akan mengecap kestabilan politik.

Matlamat penting saya yang lain juga adalah untuk memberikan “share” kepada ibu bapa yang anak mereka berkhidmat untuk Negara di dalam “national service” di anak-anak lelaki mereka mempertahankan Singapura. Jika keluarga askar kita tidak memilik rumah, dia akan berpendapat bahawa dia hanya berjuang mempertahankan kekayaan orang kaya sahaja. Saya percaya perasaan memiliki ini (pemilikan rumah) adalah asas penting dalam masyarakat baru kita yang tidak ada dalam sejarah yang lain. ( note : semua pemuda lelaki Singapura wajib menjalani National Service)

Polisi perumahan Singapura ini adalah berteraskan aspek berikut* :

  1. Perumahan sebagai asas kestabilan
  2. Mampu milik kepada semua
  3. Sekuriti kewangan dan kecukupan ketika pencen
  4. Mencapai aspirasi : kualiti dan kepelbagaian
  5. Memupuk sifat kekeluargaan yang kuat dan integrasi social

(* boleh baca lanjut di sini – https://goo.gl/ryQfDr – LKYSchool of Public Policy)

Secara amnya, polisi perumahan Singapura bukan hanya untuk rakyat miskin tetapi untuk semua rakyat secara am sebagai aspek penting dalam menjaga kestabilan Negara.

 

Apa jenis HDB Flat yang ada dan berapa range harga dia?

hdb-flat-jenis

Jenis HDB FLAT -sumber hdb.gov.sg

Harga bergantung kepada lokasi dan size. Untuk mudah, rumah 3 bilik + 1 store/bilik kebal (yup, diorang ada bilik kebal kalau kena bom!) dalam range RM250K- RM400K depending on location.

Gaji graduate sana sama juga macam Malaysia, bermula dalam lingkungan SGD 2500.

Dan kalau ikut gaji setempat nak disbanding dengan harga rumah mereka, memang sangat mampu lah untuk beli especially bila kelayakan pembelian lebih diutamakan kepada pasangan berkahwin.

That’s why saya pelik macam mana sepupu saya muda-muda lagi boleh beli rumah.

Konsep Pembinaan HDB Flat

Singapore kan ciput je, of course lah they can’t afford landed house. So HDB Flat mereka adalah rumah apartment.

Biasanya HDB flat adalah komuniti satelit yang dibina lengkap dengan kemudahan asas.

Dalam satu komuniti HDB flat , akan turut disediakan sekolah, kemudahan sukan dan riadah, kedai runcit, pusat ibadat , foodcourt dan lain-lain kemudahan.

Di setiap apartment, ground floor nya dipanggil void space. Ia nya adalh ruang komuniti. Tidak ada rumah di ground floor. Kalau di sana , saudara mara saya panggil tempat itu kolong. Kolong ini sengaja dibina sebagai ruang untuk komuniti berintegrasi. Ianya boleh diguna dengan izin oleh penduduk sama ada untuk tujuan perkahwinan, kematian dan keramaian.

Ini saya bawakan gambar HDB flat yang ada.

hdb flat

Salah satu “rumah awam” di Singapore

Apa yang saya faham mengenai polisi perumahan Singapura

  • Setiap keluarga hanya boleh beli satu sahaja HDB Flat.

Satu keluarga hanya boleh memiliki SATU SAHAJA rumah HDB. Tak boleh lebih. Nak beli rumah lain boleh? Tapi beli private house iaitu rumah swasta.

  • Ada had income untuk pembelian HDB flat?

Ada. Rujuk gambar.

income-ceiling

  • Ada tak priority kepada golongan tertentu?
Keutamaan pembelian HDB Flat

Keutamaan pembelian HDB Flat

Ada. Priority diberikan kepada mereka yang dah berkahwin dan belum mempunyai rumah lagi. Selain dari itu ada banyak lagi sebab anda diberikan priority dan bukan hanya disebabkan pendapatan sahaja. Tetapi atas sebab keadaan keluarga. Ianya lebih memberikan focus kepada keadaan keluarga pembeli. Boleh rujuk gambar.

  • Apa kelayakan am untuk beli rumah HDB?
kelayakan rumah HDB - sumber website HDB.gov.sg

kelayakan rumah HDB – sumber website HDB.gov.sg

Rujuk gambar. Basically sama ja macam rumah di bawah skim kerajaan.

  • Insentif kerajaan Singapura memudahkan pembelian rumah

Macam Malaysia juga mereka boleh keluarkan sebahagian CPF untuk membeli rumah. Selain itu ada beberapa diskaun lagi diberi bergantung pada pakej.

Nak tahu lanjut, boleh baca di http://www.hdb.gov.sg/

Sebenarnya, apa yang di buat oleh kerajaan Singapura adalah menekankan aspek pemilikan rumah. Bagi mereka, terutama parti pemerintah, mereka boleh kalah pilihanraya jika rakyat marah tentang isu pemilikan rumah.

Polisi pemilikan rumah mereka menjaga hak rakyat untuk memilik rumah dan kerajaan sendiri yang mengawal harga rumah.

Apa yang baik kita boleh tengok dengan polisi ini.

  1. Kawalan harga rumah

Rumah HDB di kawal kerajaan. Harga nya terkawal. 80% penduduk Singapura tinggal di perumahan HDB.

  1. Kawalan pemilikan rumah

Setiap keluarga cuma boleh ada satu sahaja rumah. Jika nak lebih beli dari pemaju swasta yang harga nya mahal gila dan rumah nya mewah. Jadi tak ada timbul isu rumah di beli oleh pelabur secara berjemaah dan menzalimi rakyat marhaeeeeeeeeennnnnn (saja tulis macam ni.hahaha)

  1. Integrasi rakyat

Antara tujuan asas polisi HDB dirangka adalah untuk membina integrasi. Maksudnya di satu komuniti , peratusan penduduk mengikut etnik di kawal supaya setiap kaum bercampur dan seimbang. Actually, kalau tengok dari sudut lain, ia nya juga adalah cara untuk mengawal pengundi

  1. Kemudahan yang sempurna.

HDB flat ni dibina mengikut konsep satellite community. Maksudnya dalam satu komuniti HDB mesti lengkap segala kemudahan asas. Supaya tak lah sesak dan serabut.

Macam saya cakap tadi, rumah HDB bukan untuk orang miskin sahaja. Tujuannya untuk memberikan perumahan sempurna mampu milik kepada setiap rakyat. Sebagai contoh, rumah sepupu saya kalau di Malaysia adalah setaraf kondo! Lengkap dengan kemudahan setempat dan workmanship yang baik!

  1. Menjaga aspek social

Salah satu aspek polisi HDB sebenarnya adalah untuk menjaga aspek social masyarakat. Contohnya skim 3 generasi adalah khas untuk family yang ada atuk-nenek, ibu ayah dan cucu tinggal serumah. Rumah HDB jenis ini diberi 2 master bedroom dan bersaiz lebih besar. Kenapa? Kerana tujuaannya supaya anak-anak menjaga mak ayah mereka!

Perkara Lain Yang Tidak Di Ambil Kira Dalam Hal Ini Tetapi Sangat Penting

  1. Singapore ciput je size dia.

Ini hujah biasa. Of course Malaysia besar. Singapore ni lebih sikit je dari Melaka. Of course Singapore ni ibarat bandar je. Bukan nya Negara yang besar pun dah lebih mudah untuk membangunkan Negara yang bersaiz kecil.

  1. Rakyat Singapore tak ramai

Malaysia 30 juta orang bhai. Singapore dalam 5 juta lebih je.

  1. GST mereka mahal.Tax mahal.

Tak silap GST 7%. Tapi GST mereka ni dapat banyak balik.

  1. Banyak gile nak kena bayar. Macam-macam fee ada.

Parking kat rumah sendiri pun pakai kupon parking derr

  1. Transport system yang bagus

Diorang ni punya transport punya superb tak payah ada kereta. Jadi tak perlu pun gaji guna untuk kereta dan boleh ada simpanan lebih untuk beli rumah.

Actually banyak lagi hujah kita boleh hamburkan.

Apa Malaysia Boleh Belajar

Sekarang ini , masalah perumahan mampu milik betul-betul menghantui rakyat bandar. Rakyat di kampong mungkin kurang terasa sedikit. Tetapi mereka yang duduk di bandar sangat terasa. Bukan nak kata apa kerajaan buat sekarang tak baik. Tapi boleh lah perbaiki lagi. (Kena  hati-hati cakap. Cepat sentap diorang ni. Derr, aku pun undi parti pemerintah waktu lepas derr.. Tapi tak la tutup terus mata)

Harga rumah di kawasan bandar besar contohnya di Lembah Kelang kadang-kadang tak  masuk akal!

Betul, kerajaan ada buat rumah-rumah skim kerajaan seperti Prima dan lain-lain. Tetapi jumlah yang ada adalah sedikit berbanding demand yang ada. Tanah pula harganya mahal dan ada tanah-tanah yang di miliki ejensi kerajaan di jual kepada pemaju untuk di majukan.

Di Singapura, Land Acquisition Act diperkenalkan di mana kerajaan berhak mengambil tanah kerajaan yang ada untuk di majukan menjadi rumah HDB. Jadi tanah yang ada adalah murah maka mereka boleh menjual kepada rakyat dengan harga lebih murah dari pasaran!

Tapi, apa pun, kerajaan pun jangan lah ingat mereka ni company developer. Mengira pada jumlah untung. Keuntungan itu wajib ada tapi untuk biaya pengurusan. Bukan mengambil langkah seperti pemaju swasta pulak.Itu lah sebab orang tengok tak da beza pun harga rumah PRIMA dengan rumah pemaju swasta.

Jadi, cadangan nya adalah.

  1. Ejensi kerajaan yang memilik tanah yang luas di larang menjual tanah tersebut kepada pemaju swasta.

Tak kisah lah ejensi mana,, baitul mal ke, zakat ke, Polis ke, apa ke, ada yang memiliki tanah dan kadang-kadang di kawasan prime area. By profit, amatlah untung nak diberikan kepada swasta. Dan reason kenapa harga rumah mahal adalah kerana tanah itu mahal. Tetapi jika ejensi kerajaan mahu jual kan pun, perlu ditukarkan dengan nilai sama rata di kawasan penempatan utama. Boleh dapat tanah yang luas dan lebih banyak rumah boleh di bina.

Jadi tanah ini boleh di dapati dengan harga lebih murah, maka rumah boleh dibina lebih murah dan di jual lebih murah dan boleh dibina lebih banyak

  1. Tanah-tanah itu tadi perlu di letakkan bawah kawalan seliaan Kementerian Perumahan dan dibangunkan oleh SPNB sahaja

Consolidate semua land bank yang ada dan letak di bawah satu badan. Contohnya, tanah milik jabatan zakat, atau Mara, wajib diletakkan di bawah seliaan Kementerian Perumahan

  1. Kawalan ketat terhadap permohonan rumah kerajaan.

Berikan priority pada yang dah berkahwin dan mempunyai anak untuk memiliki rumah. Sebuah keluarga tak boleh memilik lebih dari satu biji rumah kerajaan.

  1. Wujudkan jabatan audit khas yang memantau aspek tanah milikan kerajaan dan pembinaan serta pemilikan rumah kerajaan.

Wajib ada supaya adalah ketelusan dalam pengurusan. Ini kalau tak karang adalah bunyi pengarah ni ada rumah sekian-sekian banyak padahal tak layak pun. Orang camtu patut ikat masuk guni campak dalam Sungai Kelang je.

  1. Untuk Meminimumkan Kos , boleh laksanakan Skim Built-to-order

Sebenarnya dah ada pun sekarang. Tetapi mungkin boleh ditambah baik di mana unit-unit rumah dijual dahulu sehingga 70%-80% sebelum mula dibina. Maka kos permulaan untuk dikeluarkan kerajaan menjadi kurang kerana sudah di biayai oleh bank. Aspek teknikal nya boleh dibincang orang lebih pakar.

  1. Mudah kan proses pembelian dan pinjaman.

Mudahkan pembelian dan tidak seketat bank. Mudahkan juga pada bahagian downpayment dan sebagainya..

Selain dari langkah ini boleh dan banyak lagi cadangan lain contohnya, perbanyakkan rumah di kawasan yang mempunyai jaringan pengangkutan supaya pembeli tak perlu ada kereta.

Penutup

Ini apa yang saya lihat dan baca serta kaji. Sudah tentu keadaan Malaysia tak sama dengan Singapura. Sudah tentu kita boleh mengatakan rakyat Malaysia bukan hanya di bandar sahaja. Betul. Saya tak naïf kan. Tetapi banyak penambah baikan yang boleh dibuat jika kita melihat aspek yang boleh di guna pakai di sana.

Saya fikir, jika kerajaan sendiri di bawah ejensi nya dan di bawah polisi serta akta yang di kawal ketat , boleh memberikan rumah yang selesa kepada rakyat dalam jumlah yang sesuai, saya yakin, harga pasaran hartanah juga akan jatuh.

Jika katalah 40%-50%  rumah di lembah kelang adalah dari projek kerajaan, dengan harga yang mampu milik, sudah pasti demand kepada projek perumahan swasta yang tak masuk akal harga nya akan terganggu. Ini akan memaksa pemaju untuk bersaing pula dengan harga yang di tawarkan kerajaan.

Dan jika mereka tak bersaing pun, mereka boleh saja terus membina rumah yang harga mewah dan mahal kerana market segment mereka adalah untuk golongan tersebut tanpa menjejaskan pun demand untuk rumah mampu milik oleh rakyat.

Semoga tulisan saya yang panjang ini dibaca. Moga-moga ada kebaikan untuk Malaysia.

p/s: kalau nak ambil penulisan ni, share je lah.Atau bagi kredit pada saya dan website kakiproperty. Kau ingat tak penat nak tulis artikel ka?

Sumber :

http://www.hdb.gov.sg/

https://lkyspp.nus.edu.sg/wp-content/uploads/2014/11/Public-Housing-in-Singapore.pdf

https://www.adb.org/sites/default/files/publication/181599/adbi-wp559.pdf

https://en.wikipedia.org/wiki/Public_housing_in_Singapore

Sumber lisan sepupu saya , Kak Long Suhaila

Join The Discussion