Coretan Editor

Ibu Mertua Ku Tuan 20 Biji Rumah

Ibu Mertua Ku Tuan 20 Biji Rumah

Ini bukan kisah P.Ramlee ya. Ini kisah seorang kenalan yang saya baru kenal. Senang panggil Kak M.

Cerita nya Kak M ni sekarang tinggal di kawasan selatan Kuala Lumpur. Dalam berbual-bual beberapa lama , saya pun bertanya. Saya pelik kerana tak tahu Kak M kerja apa. Setelah di cungkil-cungkil baru lah tahu Kak M ini berkerja dengan ibu mertuanya mengutip sewa.

Ibu mertua Kak M ini bukan lah orang senang tapi mereka suami isteri rajin berkerja. Semacam orang Melayu lain zaman dulu, ibu mertua Kak M ada tanah yang besar diwariskan dari mak ayah nya atau yang dia beli sendiri.

Harga tanah dulu kan murah.

Tapi berbeza daripada orang Melayu zaman dahulu yang menjual tanah mereka, ibu mertua Kak M bijak dalam hal ini.

Tanah yang dia ada ni agak besar. Adalah hampir 5 ekar tak silap saya. Jadi apa dia buat, dia pecah kan tanah tu kepada individual lot. Dulu mungkin caj nya murah kot. Kemudian dia buat rumah-rumah.

Rumah nya sendiri di hadapan. Rumah-rumah yang kecil-kecil sedikit di belakang. Mula-mula dia start dengan 2 biji. Lepas tu tambah lagi. Ada pula dia buat macam townhouse 2 tingkat satu baris je. Sewa kan tiap unit. Sewa murah sahaja.

Tahu-tahu ada 20 biji rumah yang dia miliki dan disewakan!!

Apa kita boleh belajar?

1. Hartanah ini pelaburan yang menguntungkan

Pelaburan hartanah ini bukan dibuat dalam masa sekejap. Paling singkat pun 5 tahun. Semakin di simpan kebiasaannya semakin tinggi harganya. Cuba tengok rumah yang pada tahun 2000 dibeli pada harga RM200K sekarang di nilai hingga RM 600k. Peningkatan 3 kali ganda!!

2. Banyak cara melabur

Bergantung kepada minat dan kebolehan kita, dalam pelaburan hartanah juga ada banyak cara pelaburan. Macam Ibu Mertua Kak M ni , dia ni memberi nilai kepada tanah yang dia ada. Jika dia jual sahaja, tanah itu mungkin tak lah mahal. Tapi bila di pecah lot, kemudian di bina rumah sebuah-sebuah, nilainya bertambah!!

Ada pula pelabur yang berminat dengan rumah lelong. Ada pula yang berminat dengan rumah yang masih dalam underconstruction. Selain dari pada itu dana amanah yang khusus melabur dalam hartanah pun wajar kita tengok.

Neelofa tu model dia

3. Mula awal. Mula kecil. Mula!

Ibu mertua Kak M ini mula dari dia muda lagi. Ada duit sikit dia buat. Dia tak tunggu duit banyak baru nak buat. Dia start dengan sikit-sikit sampai dah jadi 20 biji rumah. Sekarang dia cuma berehat di rumah dan anak menantu nya yang uruskan bagi pihak dia.

4. Tolong orang

Tahu tak ada rumah yang dia sewakan hanya RM 250 sebulan!! Dia kata kesian. Nak sewa rumah mahal. Jadi untuk rumah 3 bilik 2 bilik air ni dia sewa kan RM250 sahaja!!

Jadi jangan lah tuduh tuan rumah kapitalis. Kalau tak ada orang-orang sebegini, yang mahu menyewa pun susah juga.

KESIMPULAN

Tak kisah lah dari mana pun cara nya, kalau anda berminat, mula kan. Mula dari sekarang.

Kalau anda mencari untuk pelaburan, kami sendiri boleh syorkan. Ada beberapa yang bagus untuk di consider. Bos kami sendiri pun beli kot!!

Kalau minat, register bawah. Nanti team kami call. (Just isi nama, no telefon dan di bahagian nota tulis “untuk pelaburan”)

Nama (required)

Email (required)

Subjek (required)

Mesej

Join The Discussion