Coretan Editor

Beli rumah nanti! Sewa dulu lama-lama

Beli rumah nanti! Sewa dulu lama-lama. Kecoh sebentar di facebook minggu lepas gara-gara seorang menteri  iaitu merupakan seorang Menteri Kewangan II, mengeluarkan kenyataan bahawa beli rumah hanya mengundang hutang jangkamasa panjang dan menyarankan agar rakyat untuk menyewa.

Antara snapshot post di facebook mengenai topik ini.

sewa, jangan beli rumah

Sesiapa yang belum lagi menonton video kenyataan menteri ini, boleh lihat video di bawah ini.

Ramai yang memberikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai isu ini. Ada yang terlampau ekstrem sampai memaki hamun, ada yang membantah sekeras-sekerasnya dan ada juga yang rileks cool menenangkan ketegangan.

Tapi baik pokok pangkalnya, ialah kita sendiri yang menentukan hala tuju ekonomi personal kita.

Yang memilih untuk terus menyewa, teruskan menyewa. Saya yakin semua rakyat berimpian untuk memiliki hartanah sendiri. Siapa tak suka memiliki sesuatu dan mempunyai hak kepunyaan sendiri? Mungkin ada sesuatu yang menyekat anda daripada memiliki hartanah sendiri. Berusahalah untuk memiliki hartanah sendiri yang bersesuaian dengan ekonomi kita.

Saya kenal beberapa client saya yang menyewa untuk rumah duduk sendiri tetapi sebenarnya mereka memiliki banyak hartanah dan semua hartanah tersebut disewakan.

Ada seorang yang menyewa banglo dengan sewa bulanan RM5,000. Sifirnya sungguh mudah, nak beli banglo dengan harga RM2 juta ini, sudah tentu bayaran bulanan di bank hampir RM10,000. Daripada beli sendiri, baik sewa. Duit pendapatan sewaan hartanah-hartanah lain dapat ‘cover’ duit  sewa banglo yang didudukinya.

Ini hartanah yang bernilai besar. Tapi konsep yang sama boleh terapkan untuk hartanah-hartanah biasa. Jika sewa bulanan boleh ‘cover’ lebih kurang 70% daripada bayaran ansuran bulanan di bank, saya rasa lebih baik beli daripada menyewa.  Contoh, bayaran ansuran di bank untuk rumah yang kita duduki sepatutnya RM2,000, tetapi kita menyewanya dengan harga RM1,500. Jadi lebih baik beli, dari terus menyewa.

Mulakan pembelian hartanah pada harga yang anda mampu. Banyak lagi hartanah yang bawah RM300,000. Malah bawah RM100,000 pun ada lagi. Tak percaya pergi tanya kenalan ejen hartanah anda.

Beli rumah seawal usia muda

Jika anda bijak, anda mesti memilki hartanah seawal usia muda. Nak tahu kenapa?

  • Harga rumah makin mahal. Dijangka kenaikan sekitar 3 – 5% tahunan. Harga RM200,000 sekarang, mungkin 5 tahun lagi dah jadi RM260,000. Kalau beli, dapat untung dari capital appreciation, kalau cuma menyewa, tak dapat apa-apa pun, makin tinggi kadar sewa, ada lah.
  • Beli rumah waktu muda, bayaran bulanan masih lagi rendah kerana tempoh pinjaman panjang. Jika umur makin lanjut, sukar untuk mendapat pinjaman kerana tempoh pinjaman semakin pendek. Had umur untuk membuat pinjaman hanyalah sehingga 65 tahun. Jika anda berumur 45 tahun sekarang, maknanya tempoh pinjaman yang dibenarkan hanyalah 20 tahun. Berbanding anda mula awal, anda boleh mendapat tempoh sehingga 35 tahun, dan bayaran pinjaman sudah tentu kecil.
  • Menyewa selama-lamanya menyebabkan anda tidak mempunyai aset untuk diwariskan kepada anak cucu. Satu lagi, anda ingat selama-lamanya tuan rumah tak nak naikkan sewa? Tuan rumah pun buat bisnes. Dia boleh naikkan sewa tahun demi tahun. Makin lambat beli rumah, makin tinggi kadar sewa, makin lambat nak kumpul duit. Tiada jalan mudah.
  • Hartanah mempunyai perlindungan insurans jika apa-apa terjadi kepada pemilik atau penghutang tak kiran MRTA, MRTT, MLTA atau MLTT, yang penting Mati Rumah Tetap Ada (MRTA).

Ada kemampuan belilah hartanah. Kurangkan risiko. Sekarang ini banyak hartanah di bawah harga pasaran. Ambillah peluang yang ada.

Selamat membeli hartanah!

Join The Discussion