Tips & Tricks

5 Tips mudah untuk dapatkan pulangan rental yang optimum dengan Sub Let

5 Tips mudah untuk dapatkan pulangan rental yang optimum dengan Sub Let

 

Terdapat banyak cara untuk membuat business dalam bidang hartanah ini. Salah satu caranya adalah dengan Sub Let rumah. Kakiproperty hari ini akan berkongsi 5 tips mudah untuk mendapatkan rental yang optimum dengan Sub Let.

1. Cari kawasan yang padat.

Disini anda perlu malakukan sedikit kerja rumah. Cari kawasan untuk yang padat, seperti berdekadan dengan universiti, berdekatan dengan kilang atau kawasan komersial. Potensi untuk anda melakukan perniagaan Sub-Let disini adalah lebih tinggi. Jangan buat sublet dikawasan yang suram. Susah nak mencari penyewa nanti.

2. Dapatkan persetujuan tuan rumah.

Ini adalah penting. Jangan buat Sub let tanpa persetujuan tuan rumah. Nanti susah, dan pastikan dalam agreement nanti itu tertulis bahawa tuan rumah memberi kebenaran untuk anda Sub Let rumah. Anda boleh menyakin kan tuan rumah bahawa anda akan menjaga rumah ini dengan elok. Lain lah jika ini adalah rumah anda sendiri.

 

3. Fully furnishkan rumah dengan minimalis.

Kenapa minimalis? anda perlu untuk fullyfurnishkan rumah untuk mendapatkan rental return yang elok. Cuma anda furnishkan dengan parabut yang penting sahaja. Jangan overfurnishkan rumah dengan pasu yang cantik, kipas yang mahal. Ini adalah kos perniagaan anda. Lagi tinggi kos permulaan anda untuk fuly furnishkan rumah anda, lagi rendah ROI anda nanti. Furnishkan rumah cukup-cukup untuk membuatkan penyewa selesa. Penuhkan ruang rumah itu dengan perabut yang akan menambah nilai rental. Seperti katil double decker, meja study dan sebagainya.

 

4. Deposite 2 bulan + 0.5 utilities + rental agreement.

Pastikan anda ambik duit deposit dari penyewa anda. JANGAN kurang dari yang telah dicadangkan. Duit ini akan membuatkan penyewa anda lebih berdisiplin. Selain itu, duit ini juga yang anda akan gunakan untuk membaiki kerosakan selepas penyewa tamat kontrak. Ingat, kita dalam perniagaan adalah untuk mencari makan, bukan menderma kepada penyewa yang tidak bertanggung jawab. Jangan lupa buat rental agreement ye sekali. Nanti penyewa tidak membayar sewa, susah kita untuk buat tindakan kerana tidak ada agreement.

 

5. Periksa rumah Sub Let anda.

Sentiasa melakukan pemeriksaan berkala. 3 bulan sekali ke, supaya kita boleh tahu masalah apa yang dihadapi penyewa seperti paip bocor, lampu rosak dan sebagainya. Kalau tidak nanti jatuh harga rental unit sublet anda.

 

Ini sahaja perkongsian kakiproperty kali ini. Selamat menceburibidang perniagaan Sub Let.

Join The Discussion